Friday, July 3, 2009

Ijtimak 2009

For Muslims to read -- others can too, no restrictions, but this is targeted to male muslims.

Tarikh ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.

Lokasinya di berdekatan Bandar Enstek dan
Kuarters KLIA.

Tujuan ijtimak bukanlah untuk seronok-seronok kumpul orang ramai-ramai tapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT.

Semua lelaki Islam dijemput hadir.

Jadi dengan adanya ijtimak, amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).

Ulama kata di masjid zaman Nabi dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1. Dakwah,
2. Belajar & mengajar ilmu agama,
3. Ibadah (solat, quran, zikir & doa),
4. Khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.

Kalau tak faham serba sedikit dalam petikan ni datang la ke ijtimak nanti. Banyak faedah dia yang lagi bagus dari pergi ke Sure Heboh TV3.

*dipetik dan ditambah dari sini, more info can be found here*

No comments: