Thursday, November 5, 2009

5 Perkara yang Mencetuskan Kemurkaan Allah

Pagi ini lepas subuh macam biasa Ustaz Wahid akan beri tazkirah pada kami.

Tajuk nya di atas.

Untuk santapan para pembaca dan kesedaran kita semua,

1) Membuat muka keras. Dalam maksud lain, keras macam batu, tidak senyum langsung atau tiada sedikit rupa senyuman pun pada muka. Allah tak suka hamba2 dia buat muka blur je. Orang pun tak selesa pandang. So, murah2kan lah senyuman. Senangkan hati orang, pahala pun dapat. :)


2) Membuat bising pada waktu malam lantas mengganggu orang lain dalam tidur. Rasa2 ni takyah penjelasan kan? Senang nak paham nape orang tak suka kita buat bising.


3) Tidur macam bangkai. Tidur terlebih2. Bukan pada waktu pagi je, tp waktu malam pun. Masa perintah solat baru turun Allah jadikan solat malam sbg wajib. Tapi lepas tu Allah tukarkan kepada sunat sbbkan kepenatan yg melampau para sahabat. So, dia jadi sunat muakkad la. (sunat yang dituntut) Ringan2kan lah tulang tu untuk bangun dan solat malam. Paling2 kurang pun setahun tu ada la sekali.


4) Kerja, kerja, kerja. Solat jangan lupa. Allah tak suka kalau hambaNya terlalu fikirkan dunia sampai ibadat tergadai. Tak payah ibadat, masa kerja tu, langsung tak terfikirkan akhirat langsung. Pergilah solat kat masjid bagi yang lelaki sebab tu yang afdhal (lebih baik). Kalau busy sangat pun, solat la kat office/surau (kat kampus)/mana2 yang boleh (suci). Nak tambah pahala, ajak solat berjemaah. Apa alasan kita?


5) Ilmu dunia banyak, ilmu akhirat tadak. Tanya lah pape, semua tau, pemain manchester united ke, berapa banyak planet ada ke, apa perkembangan artis terkini ke, macam mana nak buat statik ke, itu semua fardhu kifayah (ye, sukan bola sepak pun fardhu kifayah juga, artis tu tak). Tapi kalau khutbah aidilfitri selepas solat pun tak tau, surah al-Fatihah berapa ayat pun tak tau, alamatnya tenggelam la. Sendiri mau ingat, nanti masuk kubur, semua benda (hubungan dgn dunia) terputus kecuali 3 perkara ini sahaja, sedekah amal jariah, ilmu yang berguna, dan doa anak yang soleh.

1 comment:

tomkiddo said...

thx for your 'ayat suci':)
alim gile kau, haha :D